Keajaiban Bawang Putih

garlicTahukah anda bawang putih adalah merupakan di antara antibiotik ciptaan Allah yang terbaik?

Sebelum itu… tahukah anda bahawa antibiotik yang anda perolehi dari klinik-klinik dan hospital banyak menimbulkan masalah jangkamasa panjang?

Di antara masalah penggunaan antibiotik adalah:

  1. Membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik yang sememangnya diperlukan oleh badan anda.
  2. Di dalam jangkamasa panjang bakteria jahat berupaya membina kekebalannya sendiri terhadap antibiotik yang digunakan sehingga antibiotik tersebut tidak lagi menjadi berkesan dan bakteria-bakteria tersebut akan menjadi lebih agresif dan ganas lagi.

Beberapa saintis dahulu telah pun membuktikan bahawa bawang putih adalah antibiotik terbaik. Di antaranya ialah Louis Pasteur (1858), Dr.Artturi Virtanen (Pemenang Nobel Prize), Arthur Stoll (juga pemenang Nobel Prize) dan ramai yang lain.

Bawang putih bukan sekadar melawan bakteria dan mikro-organisma jahat bahkan menghapuskannya sehingga ke akar umbi. Ia membantu memperkuatkan serta menambah bilangan komponen yang dikenali sebagai  lymphocytes, phagocytes, dan T-cells di dalam membina dan mengukuhkan sistem pertahanan (immune system) badan anda.

Mungkin anda tidak tahan memakan bawang putih secara mentah kerana ia terlalu pedas dan baunya yang kuat.

Di rumah, isteri saya selalu menyediakan menu bawang putih yang mudah tetapi amat diminati oleh semua termasuk anak-anak. Caranya, ambil beberapa labu bawang putih. Ketuk sedikit supaya ia pecah. Goreng hanya sebentar bersama sedikit minyak tanpa dikopak kulitnya. Taburkan garam bukit dan lada hitam dan hidangkan. Cubalah… memang sedaaaap!

Anda tak perlu menggorengnya terlalu lama… hanya sekadar menghilangkan rasa pedas dan mengurangkan baunya.

Anda boleh juga cuba membakarnya di dalam oven bersama mentega atau minyak zaitun… Memang bestttt!

Kenapa mereka menggelarkan bawang putih sebagai ‘The Miracle Food’?. Banyak lagi khasiat yang anda perlu tahu…  Akan saya ceritakan di posting akan datang. Insya Allah.

Free Ebook